Saturday, November 4, 2023

Bateri Toyota Prado 1996 Petrol

 

Bateri Toyota Prado 1996 Petrol

Dah sampai masa nak kena tukar bateri Toyota Prado 1996 Petrol kesayanganku. Bateri yang ada pada kereta jenis bateri basah (kena jaga air), kalau tak silap pasang dalam tahun 2019. Dah hampir 3 tahun. Sekarang kereta boleh start lagi tapi semput lah sikit. Selalu orang kata kalau bateri kereta setiap dua tahun bolehlah tukar. Ini dah lebih, dah kira bonus!

Monday, July 31, 2023

Kedai tayar Kota Warisan Dengkil B Pro

 

Kedai tayar Kota Warisan Dengkil

Mekanik Ah Boon di Dengkil rekomen kedai tayar Kota Warisan bernama B Pro Tyre & Car Services untuk tukar tayar (4 biji), buat alignment dan balancing. Walaupun berlambak kedai tayar di area Puchong rumah saya, saya lebih suka pakai kedai yang kawan rekomen. Mereka lebih tahu kedai mana yang bagus. Sebagai pelanggan regular, tak kan pulak dia nak rekomen kedai yang karut. 

Thursday, June 15, 2023

Kedai baiki kusyen kereta motor- Lim Cushion repair in Dengkil

 

Kedai repair kusyen kereta dan motor baru dibuka di Dengkil

Kedai baiki kusyen kereta motor baru dibuka di Dengkil, sebelah bengkel kereta yang saya selalu pergi untuk servis Toyota Prado GX 2.7 saya. Ah Boon dari bengkel kereta cakap Lim Cushion repair baru buka beberapa bulan tapi tukang (tuan kedai) berpengalaman lebih 20 tahun. 

Sunday, June 4, 2023

Toyota Prado petrol tukar minyak gear dan transfer case

 

Tukar minyak gear dan transfer case

Sudah tiba masa untuk Toyota Prado (petrol 2.7) ditukar minyak gear box dan transfer case. Kali terakhir ditukar ialah dalam bulan Oktober 2020. Sekali gus saya tukar minyak enjin. Semua minya transfer case dan gear box saya beli dalam Shopee. Minyak enjin dan filter amik dengan Ah Boon kat kedai dia di Dengkil. 

Thursday, October 20, 2022

Tukar soket air flow sensor Toyota Prado enjin 3RZ, video oleh Tommy Chiu

 


Tukar connector atau soket air flow sensor Toyota Prado 90. Ini bagi prado berenjin 3RZ. Video oleh saudara Tommy dari Kuching Sarawak. Thank you for allowing the sharing of this video bro!
Sila lawati Youtube channel Tommy disini. Ada banyak lagi video beliau yang bermanfaat untuk pemilik Toyota Prado 90 di Malaysia. 




Wednesday, April 27, 2022

Tukar fuel filter Toyota Prado di bengkel kereta Dengkil

tukar fuel filter toyota prado gx
Agak sukar nak tukar fule filter Toyota Prado GX , enjin 3RZ

Minggu lepas dah beli fuel filter, sekarang time nak tukar fuel filter Toyota Prado GX saya. Macam biasa, saya akan ke bengkel kawan (Ah Boon  012-2843881)  di Dengkil. Kali terakhir kat bengkel dia, saya servis sistem brake, Alang -alang nak tukar minyak enjin, satu kali jalan senang. 

Friday, April 22, 2022

Fuel filter Toyota Prado GX

 

Kalau di kedai, kena cakap chasis fuel filter RZJ95


Kali ni, saya nak tukar pulak fuel filter Toyota Prado GX, petrol 2.7 saya. Sembang dengan kawan itu hari, dia cakap kalau enjin macam semput-semput mungkin boleh jadi fuel filter dah lama, kotor atau sumbat. Memang ngam nak plan pergi tukar minyak enjib, filter minyak hitam sekali gus buat fuel filter. 

Wednesday, March 30, 2022

Tukar brake pad, pump dan minyak enjin Toyota Prado RZJ95

 

Ah Boon sibuk servis brek Toyota Prado siri 90


Selang beberapa tahun, kenalah servis brek kereta. Tiba giliran Prado 90 chasis RZJ95, enjin 2.7 petrol manual pulak kali ni. Tukar segala brek pad, pump dan minyak enjin sekali. Senang. Macam biasa, barang beli sendiri, hantar sekali ke Ah Boon di Dengkil untuk buat. 

Tuesday, August 3, 2021

Bengkel kereta area Dengkil- Cyberjaya

 

Bengkel kereta area Dengkil- Cyberjaya
Bengkel kereta area Dengkil-Cyberjaya; Smart Team Solution

Memang agak sukar nak jumpa bengkel kereta area Dengkil- Cyberjaya yang bagus dan berpatutan. Dulu admin selalu ke kedai ini tapi dah tutup sebab terbakar. Mekanik lama rekomen kedai kawan dia yang baru dibuka. Dalam area pekan Dengkil juga. Admin buat appointment dengan Smart Teams Solution untuk nak tukar absorber depan Prado GX yang sudah leaking itu hari. 

Tuesday, July 27, 2021

Absorber Toyota Prado Profender sudah leaking

Kawasan dalam bulatan merah basah dengan minyak

Absorber Toyota Prado GX Profender admin sudah leaking. Tak sampai 3 tahun guna rasanya. Admin masukkan absorber ini sebab ada beberapa orang yang rekomen. Nak cakap admin pakai hardcore tak jugak. Malah, kereta pun jarang jalan. Time pasang harga 4 batang, depan belakang dalam RM1000 lebih. Sekarang dah leaking minya sampai menitis habis atas simen parking. 

Friday, October 23, 2020

Tukar minyak gear box Prado GX di Dengkil

 

axle belakang Prado GX
Perhati betul-betul- ada sticker 'LSD' pada axle belakang Prado GX tahun 1996

Kali ini tukar minyak axle belakang dan gear box Toyota Prado GX manual tahun 1996 aku. Dulu dah pernah tukar tapi tak ingat yang depan atau belakang. Time tu tak kenal mekanik Dengkil dan cikgu ZZ, jadi aku pun tak tau apa jenis minyak yang dia masuk. Kali ni aku beli yang betul dan yang original

Saturday, October 17, 2020

Tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado

 

Nak kena tukar paip getah yang dah uzur

Kawan mekanik aku nama KC di Dengkil syorkan aku tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado aku. Dia cakap ada yang dah merekah dan ada yang sudah pun retak. Dalam jangka masa panjang, ini akan menjejaskan prestasi enjin dan kereta. Kereta mungkin akan makan minyak dan tak ada power. Dia bagi aku senarai barang yang perlu. Aku boleh beli sendiri dan dia boleh tolong pasangkan. 

Friday, October 9, 2020

Minyak axle belakang, gear box dan transfer case

 

Minyak original Toyota

Ikut nasihat ZZ, minyak gear box, transfer case dan axle belakang Toyota Prado sebaiknya tukar setahun sekali. Kereta aku dah pakai 2 tahun lebih. baru sekali kot tukar. Untuk jimat sikit, beli barang sendiri, bawa ke kedai untuk tukar. Kita bayar upah sahaja.