Saturday, November 4, 2023

Bateri Toyota Prado 1996 Petrol

 

Bateri Toyota Prado 1996 Petrol

Dah sampai masa nak kena tukar bateri Toyota Prado 1996 Petrol kesayanganku. Bateri yang ada pada kereta jenis bateri basah (kena jaga air), kalau tak silap pasang dalam tahun 2019. Dah hampir 3 tahun. Sekarang kereta boleh start lagi tapi semput lah sikit. Selalu orang kata kalau bateri kereta setiap dua tahun bolehlah tukar. Ini dah lebih, dah kira bonus!

Bateri dah pakai lebih 3 tahun...berbaloilah!

Kereta boleh start lagi. Tapi rasa macam semputlah. Harapnya bukan masalah lain. Bateri kereta jenis ni dah lah besar, harga nak kena survey betul betul dulu. Saya whatsapp satu kedai dekat rumah (Puchong Utama)...mahalnyaaaaaa.

Bateri jenis tak payah tambah air memang mahal lah

Belilah bateri Toyota Prado secara online

Apa pun barang yang nak beli untuk Toyota Prado, saya cuba sedaya upaya beli secara online. Survey harga dulu secara online. Bezanya?

Online, siap hantar dan pasang, hampir 50% lebih murah

Memang tak salah kedai jual mahal, sebab dorang nak sewa kedai dan gajkan pekerja lagi. Tapi sebagai pengguna, saya ada hak untuk memilih. Saya pilih apa yang saya rasa lebih sesuai dengan budget saya. 

Tapi saya tak beli lagi. Saya akan beli hari Jumaat, supaya dorang hantar dan pasang bateri hari Sabtu, time saya ada di rumah. Bateri Toyota Prado 1996 petrol yang lama boleh trade in bagi dorang. Simpan pun apa guna. Buat semak stor rumah. 

Hidup Shopee!

No comments:

Post a Comment