Minyak original Toyota |
Ikut nasihat ZZ, minyak gear box, transfer case dan axle belakang Toyota Prado sebaiknya tukar setahun sekali. Kereta aku dah pakai 2 tahun lebih. baru sekali kot tukar. Untuk jimat sikit, beli barang sendiri, bawa ke kedai untuk tukar. Kita bayar upah sahaja.
Mana nak beli minyak original Toyota?
Beli online dari Shopee...siap hantar ke rumah |
Saya beli minyak original Toyota secara online. Saya dah survey kedai spare part area PJ. Rata-rata lebih mahal dalam RM20 sebotol. Beli secara online dia siap hantar ke pintu rumah. Saya rekomen Shopee. Cari penjual tempatan yang mempunya rating dan kuantiti telah dijual yang tinggi.
Seller Shopee ni mempunyai rating yang tinggi |
Berapa botol nak beli?
Saya pakai Toyota Prado (GX) 2.7 Petrol, manual. Enjin 3RZ. Berikut ialah jadual sebagai rujukan untuk semua pemilik Prado yang seangkatan:
Untuk axle (gandar) belakang, pastikan minyak yang dipilih ialah minyak jenis 'Limited Slip Differential' (LSD) Gear Oil. Kita perlukan lebih burang 2.3 ke 2.6 liter. Sepatutnya ada satu sticker dekat 'labu' bulat tengah axle/ gandar dengan tulisan 'LSD' tapi mungkin sudah hilang.
3 botol 1 liter minyak LSD Toyota |
Minyak untuk transfer case dan gear box kita perlukan 4 botol (1 liter/botol) minyak original Toyota seperti dibawah.
4 botol untuk cukup transer case dan gear box |
Kali ini jumlah belanja beli minyak (sekali pos) ialah RM78.95 (3 botol minmyak LSD) dan RM73.02 (4 botol minyak gear). Appointment dah buat dengan mekanik di Dengkil. Sampai masa pergi awal, tukar habis minyak bawah kereta ni sekali. Pastu masuk reminder calendar handphone untuk tahun depan pulak.
Assalamualaikum tuan...boleh bg no contact x.. nk btanya pasal prado...saya zul dr klang...0192494178
ReplyDeleteMaaf baru nampak comment. Harap masalah kamu dah selesai.
Delete