Saturday, October 17, 2020

Tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado

 

Nak kena tukar paip getah yang dah uzur

Kawan mekanik aku nama KC di Dengkil syorkan aku tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado aku. Dia cakap ada yang dah merekah dan ada yang sudah pun retak. Dalam jangka masa panjang, ini akan menjejaskan prestasi enjin dan kereta. Kereta mungkin akan makan minyak dan tak ada power. Dia bagi aku senarai barang yang perlu. Aku boleh beli sendiri dan dia boleh tolong pasangkan. 

Paip cilicone Samco

Paip Samco...ori tak ori kawan cakap boleh pakai je

Paip silicone Samco antara brand yang paling terkenal. Paip yang berwarna biru terang memang senang nak kenal bila dilihat pada enjin. Menurut kawan aku, memang banyak paip Samco yang dijual di pasaran bukanlah yang original, tetapi ia masih boleh digunakan. Banyak kedai ada jual paip Samco tetapi nak mudah, aku beli saja kat Shopee. Tak payah nak ulang alik kedai cari barang ni. Kenapa beli dario Shopee? Sebab aku dah serik kena dengan Lazada. Sumpah tak beli dah kat Lazada. 


Panjang, harga dan saiz paip yang dibeli


Di mana nak tukar paip getah enjin kereta?

Getah original ni dah merekah teruk. Angin luar dah boleh keluar masuk

Patutnya nak tukar paip getah enjin boleh buat sendiri. Tapi sebab aku ada kawan mekanik, aku bagi je kat dia buat. Tak perlu tukar semua, cukup bagi yang perlu saja. Kawan aku area Dengkil, memang jauh tapi sebab kawan, lebih mudah dan servis dia pun bagus. Semua masalah kereta Prado aku rujuk pada si KC. Kalau dia tak pasti atau tak ada masa, dia akan bagi tau aku terus terang dan aku pun carilah mekanik lain kalau urgent. Dalam kes ini tak urgent pun. 

Bengkel kawan di Dengkil. Tapi aku buat dengan KC je. Orang lain aku tak mau...hahahaha

Hasil tukar paip Samco

Tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado sekejap saje. KC tukar mana yang patut. Setengahnya dia kata tak perlu dan ada yang tak boleh. Berikut gambar selepas. 

Bukan semua nak kena tukar. Tukar yang mana perlu dan patut


Enjin Prado 3RZ nampak lebih lawa sudah tukar paip

Sekarang nak tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado 2.7 petrol taklah susah. Paip silicone Samco pun dah boleh beli sendiri online. Taklah mahal sangat. Selepas tukar, bahagian enjin nampak cantik sikit dan hati lebih senang sebab tahu yang tak ada angin, habuk atau pasir kecil yang termasuk dalam enjin. Enjin pun rasa lebih lancar dan bertenaga. Cubalah!






No comments:

Post a Comment