Friday, October 23, 2020

Tukar minyak gear box Prado GX di Dengkil

 

axle belakang Prado GX
Perhati betul-betul- ada sticker 'LSD' pada axle belakang Prado GX tahun 1996

Kali ini tukar minyak axle belakang dan gear box Toyota Prado GX manual tahun 1996 aku. Dulu dah pernah tukar tapi tak ingat yang depan atau belakang. Time tu tak kenal mekanik Dengkil dan cikgu ZZ, jadi aku pun tak tau apa jenis minyak yang dia masuk. Kali ni aku beli yang betul dan yang original

BENGKEL KERETA KT TAT DENGKIL

bengkel kereta di Dengkil
bengkel kereta KT Tat di Dengkil


Aku datang bengkel KT Tat di Dengkil (lokasi sini)  atas dua sebab sahaja. Pertama, salah seorang mekanik sini yang bernama KC tu kawan baik. Kaki camping dan kaki borak. Kedua...bengkel ni je yang aku tau dekat dengan aku. Aku baru pindah ke area Cyberjaya. Kalau nak buat kereta dekat bengkel ni, aku cari KC sahaja. Orang lain aku tak mau. KC mula buat kereta sejak umur belasan tahun dan sekarang ini dia juga pandai buat aircon kereta. Buat kereta dengan dia kena sabar sikit sebab dia songeh. Dia nak buat cara betul...kalau tidak dia tak puas hati. 

Mekanik KC di Dengkil
KC...bagus kerja dia tapi nak kena buat appointment awal-awal

TUKAR MINYAK AXLE BELAKANG DULU

Buang minyak lama axle belakang dulu

Kami mula dengan membuang dulu minyak axle belakang Prado. Minyak memang kotor dan memang ada sticker 'LSD' pada 'labu' axle tu (tengok gambar atas). LSD (Limited Slip Differential). Nak tahu apa itu LSD? Boleh baca kat sini. Aku cuit sikit info: 

'Nak tau kete tu ade LSD senang je, tak payah menonggeng tengok bawah kereta, jek kereta tu masuk gear biar tayar berpusing. Kalau kite hentikan sebelah tayar, sebelah tayar sana masih berputar dan enjin masih hidup, tak LSD la tu. Tapi kalau ade LSD, kite hentikan atau perlahankan tayar sebelah, yang sebelah lagi pun akan mengikut.'- 
~http://konmeiinstitution.blogspot.com

Kotor wei! Entah dah berapa lama tak tukaq

Nak masuk minya baru dalam axle belakang ni songeh sikit sebab ruang bawah nak masukkan minyak sangat sempit. Jadi, KC pun buat sistem vakum. Sistem vakum akan hisap masuk minyak baru. Tahu penuh bila dah melimpah keluar dari lubang atas labu. 

Sebelah sini sistem vakum


Tuang minyal baru dan vakum akan sedut masuk kedalam 'labu' axle belakang

TUKAR MINYAK TRANSFER CASE & GEAR BOX

 Beres yang belakang, giliran transfer case dan gear box depan pula. Minyak lama dah dibuang dan memang geli warna minyak lama. Aku tak tau apa nak cakap. KC pun asyik geleng kepala. 

Minyak kotor 

Masuk minyak untuk gear box lain pulak cara KC buat. Dia masuk minyak dari dalam kabin kereta, Terkejut bapak aku tengok. Dia cakap cara ini nak lebih mudah dan ia boleh memastikan yang minyak masuk dengan secukupnya. 

masuk minyak gear box Toyota Prado GX 1996
Masuk minyak gear box dari sini je


Habis tukar semua minyak, aku rasa lega sebab risau kalau terlepas pandang, modal besar nak repair atau ganti balik gear box atau axle belakang. Bukan takat modal besar. Boleh kira bencana besar. Dah habis tukar, memang kereta rasa lain waktu drive. Masuk gear pun senang, kereta pun rasa macam lebih lancar atas highway. Secara keselruhan, proses ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Harga upah aku tak nak cakap sebab harga kawan KC. Walaupun mahal aku sanggup bayar sebab dia buat dengan teliti dan aku rasa sangat puas hati. 

Dah tukar minyak axle belakang dan gear box dah ke belum?








No comments:

Post a Comment