Monday, July 31, 2023

Kedai tayar Kota Warisan Dengkil B Pro

 

Kedai tayar Kota Warisan Dengkil

Mekanik Ah Boon di Dengkil rekomen kedai tayar Kota Warisan bernama B Pro Tyre & Car Services untuk tukar tayar (4 biji), buat alignment dan balancing. Walaupun berlambak kedai tayar di area Puchong rumah saya, saya lebih suka pakai kedai yang kawan rekomen. Mereka lebih tahu kedai mana yang bagus. Sebagai pelanggan regular, tak kan pulak dia nak rekomen kedai yang karut. 

Kenapa nak tukar tayar kereta?

Tayar kereta sebaiknya jangan pakai lebih dari 5 tahun. Tayar kereta saya lahir tahun 2017 (jenama Firestone...HT). Ikutkan, patut dah tukar tahun lepas.  Kalau tayar dah usia 5 tahun, baik tukar je. Tak payah tunggu sampai mengelembung atau meletup. Sebab tu tayar yang dah usia 2 tahun ke atas, banyak diskaun boleh dapat. 
Tayar standard Toyota Prado GX kalau tak silap ialah saiz 265/70/R16.Saiz tayar macam ni memang dah jarang ada. Yang ada pun brand pelik-pelik dari China dan kebanyakkan pula jenis AT. AT memang nampak cantik, garang tapi saya selalu jalan highway je. Memadai pakai HT sahaja. Model 685

Tukar tayar apa kali ni? 

Dapat tayar baru second hand dalam Facebook

Berbulan saya cari tayar baru nak ganti. Dalam Shopee memang ada banyak tapi brand jarang dengar. Ada juga tayar Toyo tapi tayar dah brumur. Mujur jumpa ada orang nak jual tayar Bridgestone HT model 685 saiz 255/70/16. Orang yang jual ialah satu kedai aksesori di Klang. Tayar baru cabut dari kereta baru sebab tuan kereta upgrade rim dan tayar baru. Harga taklah murah mana, tapi memang baru dan tahun lahir 2023. Kita on jeeeee. 

Kedai pakar tayar B Pro di Kota Warisan Dengkil


Kedai baru dalam setahun tapi pemilik dan pekerja memang berilmu


Memang puas hati saya pakai servis kedai pakar tayar B Pro di Kota Warisan Dengkil. Tuan kedai bernama Ah Bi terangkan pada saya bahawa kedai ini memang baru, dekat setahun sahaja. Tapi dia sudah lama dalam industri ini. Saya perhati dia dan anak buah dia kerja, memang teliti dan fasih membuat kerja. Setiap orang tahu akan tugas masing-masing. 

Kedai tayar Dengkil- siap tukar, balancing dan alignment

Saya minta Ah Bi tukar semua 4 bijik tayar, sebiji tayar lama masuk buat spare, balancing dan alignment. Dia buat dengan teliti. Habis semua, dia bawa kreta prgi test drive. Habis tu, dia tak puas hati lagi, dia buat adjustment lagi. Test drive lagi sampai dia puas hati. Saya boleh bayangkan kalau di kedai dekat area Puchong saya, mereka akan buat kerja ala kadar....kenapa? sebab nak kejar masa nak dapatkan lebih banyak customer. 

Dari segi kos, saya rasa kedai tayar B Pro di Kota Warisan Dengkil ni memang berpatutan. Selesai semua, saya pandu kereta balik ke Puchong pun boleh merasa kualiti kerja mereka. Sangat puas hati. 
Kiranya anda mencari kedai tayar di Kota Warisan atau Dengkil, boleh cuba kedai Ah Bi di sini atau telefon dia di 0105109187.

No comments:

Post a Comment