|
Bengkel kereta area Dengkil-Cyberjaya; Smart Team Solution |
Memang agak sukar nak jumpa bengkel kereta area Dengkil- Cyberjaya yang bagus dan berpatutan. Dulu admin selalu ke kedai ini tapi dah tutup sebab terbakar. Mekanik lama rekomen kedai kawan dia yang baru dibuka. Dalam area pekan Dengkil juga. Admin buat appointment dengan Smart Teams Solution untuk nak tukar absorber depan Prado GX yang sudah leaking itu hari.
KENAPA BENGKEL KERETA INI?
|
Bengkel baru dan tauke buat kerja sorang. Power! |
Sepanjang kiri kanan jalan memang ada bengkel kereta di area Dengkil. Tapi bagi admin, kalau di luar bengkel ada banyak kereta tersadai...macam tak confident nak masuk. Jadi, bila ada kawan mekanik yang rekomen seorang mekanik yang lain, memang admin lebih confident. Kawan mekanik pun cakap ini kedai yang baru buka, tauke Ah Boon kerja sorang. Kalau tauke kerja sorang, memang mungkin akan lambat servisnya tapi kurang-kurang kita tau kerja dia buat dengan betul. Dah berapa kali admin kena kat bengkel lain. Tauke harap pekerja tapi pekerja buat kerja hampeh.
TUKAR ABSORBER TOYOTA PRADO GX
|
Toyota Prado GX absorbers dari Tokico- Japan |
Oleh sebab absorber Profender dah leaking, admin buat keputusan untuk pasang absober depan kiri kanan yang baru. Tapi tak mau dah Profender. Minta simpang. Dah la harga mahal, baru tahan berapa tahun ja. Survery survey, Ah Boon dari bengkel kereta Smart Team Solution boleh dapat absorber Tokico original Japan. Harga mungkin hampir sama dengan Profender tapi pengalaman mengatakan bahawa Profender tak bagus. Cepat rosak.
MOUNTING ABSORBER TOYOTA PRADO GX
|
Mounting absorber lama dah hampir koyak |
Nasihat sahabat ZZ, mounting absorber kalau boleh tukar sekali. Ah Boon pun setuju. Dibuka absorber lama tengok mounting lama pun dah teruk. Dah pecah dan hampir koyak. Mounting baru dah order, masih dalam plastic packaging lagi tu!
|
Mounting absorber baru depan kiri kanan |
KERJA TUKAR ABSORBER DEPAN
|
Ah Boon tukar absorber depan Toyota Prado GX |
Kerja tukar absorber depan kiri kanan Toyota Prado GX bukan mudah. Bnyak kerja dan barang-barang berat belaka. Ah Boon buat kerja sorang sorang....relaks je. Dia ada alat yang cukup dan pengalaman buat kerja ni..nampak macam mudah. Sambil tukar absorber, dia pun tolong check condition ball joints. Siapa yang kenal Toyota Prado model RZJ95 mesti kenal isu ball joint. Pelan-pelan Ah Boon buat sampai selesai semuanya. Kerja yang dia buat kemas dan teratur.
|
Siap pasang. Kerja kemas! |
HUBUNGI BENGKEL KERETA SMART TEAM SOLUTION
Ah Boon dari Smart Team Solution boleh dihubungi di nombor 012-2843881.
Pada maca FMCO/ MCO ni, lebih baik telefon bulu, buat appointment. Sebab Ah Boon agak tegas dalam jarak sosial dan dia ikut SOP yang ditetapkan. Lebih dari itu, dia siap tolong sanitize kereta selepas siap semua kerja! Hebat!
|
Dalam kereta di-sanitasikan! |
Jadi, kepada mereka yang nak tukar absorber Toyota Prado GX atau nak cari bengkel kereta area Dengkil-Cyberjaya, boleh cuba Smart Team Solution di lokasi ini atau call Ah Boon direct pada nombor diatas!
No comments:
Post a Comment