Tuesday, July 27, 2021

Absorber Toyota Prado Profender sudah leaking

Kawasan dalam bulatan merah basah dengan minyak

Absorber Toyota Prado GX Profender admin sudah leaking. Tak sampai 3 tahun guna rasanya. Admin masukkan absorber ini sebab ada beberapa orang yang rekomen. Nak cakap admin pakai hardcore tak jugak. Malah, kereta pun jarang jalan. Time pasang harga 4 batang, depan belakang dalam RM1000 lebih. Sekarang dah leaking minya sampai menitis habis atas simen parking. 


Absorber Profender leaking!

Absorber leaking ada yang boleh repair, ada yang tak boleh. Admin dah bawak kereta ke satu bengkel di Puchong. Dia tengok dan cakap memang tak boleh repair. Hangus....kecewa, marah semua ada. Kalau dah leaking dan tak boleh dibaiki, apa lagi yang boleh buat? kena beli yang baru dan pasang saja lah, 


Toyota Prado GX profender absorber baru
Set baru dalam Shopee...ada dijual depan belakang (4 batang) atau 2 batang (depan atau belakang)

Admin boleh tukar 2 batang absorber Profender depan sahaja dengan harga lebih kurang RM660/ sebatang tak termasuk penghantaran dan upah mekanik. Mounting absorber lagi satu hal. Yang leaking, sebatang sahaja, tapi bak beli balik absorber depan kena beli sepasang. 

Mencari absorber depan Toyota Prado GX RZJ95

Dah habis pong piang sembang tanya dengan kawan-kawan, admin buat keputusan tukar absorber standard sahaja. Kayaba atau Tokico pun ok. Kenapa? Kalau dah beli mahal tapi tak sampai 3 tahun dah bocor...apa cerita. Baik beli yang standard je. nak beli Old Men Emu tak mampu lah pulak. 

Admin tanya mekanik, talipon kedai spare part pelbagai dan tunggu jawapan. Akhirnya dapat 2 batang absorber depan Toyota Prado GX Manual RZJ95 dengan harga yang memang cun melecun. Belah Perai (dari contact number SH kasi) boleh dapat dalam RM170/ sebatang. Di Klang boleh dapat harga yang sama...brand Tokico Japan!

Toyota Prado GX Manual RZJ95 absorber
Harga dalam lingkungan RM170-RM200 untuk sebatang absorber Tokico Toyota Prado GX (tengok kedai)

Kawan ZZ cakap kalau nak tukar absorber baik tukar sekali mounting. Selalu kalau nak survey spare parts kereta kena mula di Shopee. Jumpa satu penjual dengan feedback positive. Kita pun belilaaaaa....tak lah mahal sangat. 

Harga untuk seketul- mounting absorber Toyota Prado GX


Toyota Prado GX absorber mounting
Mounting absorber Toyota Prado- sekali tukar


Dah kumpul semua barang, admin survey pulak kedai mekanik area Dengkil untuk nak tukar. Selalu admin pergi kedai ini tapi kedai ini sudah terbakar dan mekanik utamanya sudah berpindah ke Cheras. Saya talipon dia dan dia rekomen satu bengkel kereta baru di Dengkil milik kawannya. Tunggu atur masa saja.  



No comments:

Post a Comment