Wednesday, April 27, 2022

Tukar fuel filter Toyota Prado di bengkel kereta Dengkil

tukar fuel filter toyota prado gx
Agak sukar nak tukar fule filter Toyota Prado GX , enjin 3RZ

Minggu lepas dah beli fuel filter, sekarang time nak tukar fuel filter Toyota Prado GX saya. Macam biasa, saya akan ke bengkel kawan (Ah Boon  012-2843881)  di Dengkil. Kali terakhir kat bengkel dia, saya servis sistem brake, Alang -alang nak tukar minyak enjin, satu kali jalan senang. 

Macam mana nak tau fuel filter tu ori?

Perbandingan fuel filter. Kiri yang keluar dari kereta. Sebijik!


Terus terang, entahlah. Kena percaya la kot pada kedai spare part. Saya dah beli banyak barang Toyota Prado GX sama kedai Mega Jayamaju Parts Klang HQ, +60 12-289 7568 (Klang). Kedai kawan yang rekomen Setakat ni, harga ok, barang kalau OEM, dia bagi tau. Sekali saja saya pernah sampai situ. Selainnya, order barang pakai whatsapp, bank in duit, pastu hantar Grab. Senang. 

Susah atau senang tukar fuel filter Toyota Prado GX?

Nak pasang balik hose atas!

Memang agak rumit nak tukar fuel filter ni. Benda tu duduk dalam, bawah intak manifold. Dalam group Whatsapp, ada kawan yang buat dari atas tapi dia cakap memang susah. Ada video dalam Youtube yang tunjukkan cara yang lebih mudah. Jack nak kereta, buang tayar. Nasib baik Ah Bon ni kecik orangnya. Tak buka tayar pun dia boleh celah masuk.

Perlu ke tukar fuel filter?

Ah Boon buka hose dari unit lama untuk pasang pada filter baru

Benda fuel filter ni tapis minyak sebelum masuk ke dalam enjin untuk pembakaran. Tapis segala kekotoran atau benda asing yang tak sepatutnya masuk enjin. Kereta dah berumur dekat 30 tahun, bayangkan betapa kotornya filimen dalam fuel filter tu. Sebaik saja keluar dari enjin, kami berdua terbalikan fuel filter lama. Petrol yang keluar balik warna sedikit macam air teh kosong. Terkejut Ah Boon. 

Dah tukar rasa macam mana?

Benda pertama yang paling jelas ialah kereta rasa lebih responsif Sebelum ni, kadang-kadang kereta rasa macam tersedak-sedak. Tekan minyak saja, kereta nak pergi. Tak tau lah sama ada ini sebab minyak enjin baru atau fuel filter baru. Mungkin kombinasi kot! Apa pun, saya rasa puas hati tukar fuel filter Toyota Prado GX ni. Kereta lama kena jaga lebih sikit. Apa yang patut buat, kita buat. Bawa kereta pun rasa sedap hati. 

Sekian!


No comments:

Post a Comment