 |
Suhu tinggi kereta boleh mengundang pelbagai masalah lain |
Suhu kereta naik tinggi, satu-satunya masalah yang paling digeruni oleh pemilik kereta. Ini kerana masalah suhu kereta tinggi boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti kerosakan hos (akibat tekanan dan suhu terlalu tinggi), cylinder head, gasket dan malah juga kecairan komponen lain pada bahagiian enjin. Kereta Toyota Prado siri 90 pun boleh menjadi mangsa masalah ini. Dalam chat group baru-baru ni, sahabat Al Ghazali berkongsi cara beliau 'mengubati' masalah suhu kereta tinggi Prado beliau.
PERINGATAN: setiap masalah kereta mungkin ada lebih dari satu punca dan semua cadangan yang dikemukakan dalam blog ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pendapat yang dikumpul dari kawan-kawan. Keputusan muktamad di tangan anda.