Tuesday, October 6, 2020

Distributor Prado buat balik


distributor prado orginal
Distributor original kalau boleh repair balik lebih bagus

Distributor Prado original baru memang mahal. lebih kurang RM1000. Distributor Mun Lee masih dipakai tapi workshop kawan di Cheras kata dia boleh buat balik. Kalau boleh buat balik yang orginal, mesti lagi baik. Nasib baik ada kawan Jason yang introduce workshop ni. 

Kenapa tak beli distributor baru?

Workshop Tung Sin di Cheras

Mekanik di Tung Sin Motor Services berpendapat bahawa cara terbaik ialah dengan cuba membaik pulih distributor original yang dikeluarkan dari kereta saya. Dia memang boleh dapatkan distributor baru dan orginal untuk kereta saya tapi dia juga memberi amaran bahawa unit baru tak semestinya jaminan 100% yang ia akan berfungsi dengan baik. Ini kerana walaupun barang itu barang baru, namun memang pernah terjadi ia ada masalah kerana stok disimpan terlalu lama. Mengikut pendapat beliau, barang ini jarang rosak, oleh itu tak ramai yang beli stok baru. 

Apa yang rosak sebenarnya?

Awalnya aku bawa prado ku ke satu workshop kat bandar Sunway. Mula aku suspek ada masalah ialah bila aku nampak banyak minyak baway kereta. Bengkel Sunway pun tukarlah 'O' ring. Tapi standard workshop sana....buat kerja ala kadar. Tak sampai sebulan masalah leaking minyak dari distributor jadi balik. Aku bagi distributor ori aku kat Tung Sin, dia gelak cakap apa punya O ring dorang sumbat kat aku. 
Workshop Sunway siap letak gam keliling O ring


Tung Sin simpan set ori distributor aku untuk diservis dan cari balik O ring baru. Distributor tak rosak sebenarnya. Cuma nak servis, cucu dan pasang balik O ring yang ori. Aku setuju tapi ada juga risau yang O ring ori akan menelan belanja tinggi. Sementara tinggu, au pakai dulu kereta dengan set distributor Mun Lee. 

Kesudahannya?

Pasang balik distributor lama (original)


Aku jimat sebab Tung Sin dapat buat balik distributor Prado original aku. Tak payah beli yang original baru. Selepas lebih kurang dua minggu, aku pergi pasang balik set distributor asal. Sekarang dah lebih3 bulan, tak ada masalah. Set distributor Mun Lee yang aku pakai buat sementara aku simpan buat spare. 
Berapa kos? Saya tak berani cakap tapi memang berbaloi. Murah sebenarnya. Saya tak tau samaada itu harga biasa mereka atau sebab 'special' price sebab Jason yang bawa saya ke sana. Memang lega dapat guna balik distributor asal. Kalau kalian nak ke workshop Tung Sin, buat appointment dulu. Dorang memang sibuk. Talipon Ah Meng 016-3321248. 


No comments:

Post a Comment