Saturday, June 6, 2020

Distributor Toyota Prado 90s...bahagian 1

Bengkel di bandar Sunway tukar O ring charge RM50!


Baru-baru ni kena pulak cari distributor Toyota Prado. Distributor original yang ada pada kereta sudah bocor minyak dengan teruk. Pada asalnya saya bawak kereta ke satu bengkel di bandar Sunway. Dia cas RM50 tukar ‘O-ring’. Lepas guna 2 hari, bocor minyak masih ada. Distributor ni pakai pada Prado berenjin petrol sahaja. 




Kalau boleh memang aku tak mau pergi bengkal kat Sunway ni. Melalui pengalaman, kebanyakan bengkel area tu semua mahal-mahal belaka. Kalau murah, adalah sebabnya. Aku pergi pun sebab waktu tu PKP Covid-19. Lepas tukar O-ring dia ada cakap kata distributor Toyota Prado siri 90 aku ni dah tak cantik. Cepat-cepat aku ambik kereta aku balik rumah. 

Tapi kalau beli kat Shopee lagi murah...seller sama


Pendek cerita, masalah distributor ni aku bawak pada bengkel kawan aku kat Dengkil. Dia buka distributor aku dan confirm seal dalam dah haus. Bocor teruk. Tukar pi lah O ring camana pun. Mesti akan bocor lagi. 

Aku diberi dua pilihan. Pilihan pertama, beli sebiji yang recond atau caru (China), pasang dan pakai. Yang distributor ori cuba hantar untuk repair. Dah repair simpan dalam kereta sebagai spare. Mana tau distributor baru/ recon buat hal bolehlah tukar kat bengkel mana-mana.

Pilihan kedua, beli sebijik distributor Toyota Prado baru dan pasang. Yang ori lama handar untuk repair, simpan sebagai spare. Dah repair nak simpan buat spare kat rumah pun okay atau nak jual pun okay. Sebab kalua dah pasang yang original Toyota, tak mungking akan rosak dalam tempoh 6 ke 10 tahun. Cuba distributor baru harga dalam lingkungan RM1000 ke RM1300 dengar kata. 

Aku pilih pilihan pertama. 

Aku nak kena pilih antara yang recon dan yang baru dari China. Yang recon kononnya barang original yang dibaik pulih. Aku lebih risau barang tu barang China second hand yang dibaik pulih. Nak check tak reti. So, aku beli jelah distributor baru dari China secara online. Dalam Shopee aku jumpa dengan harga RM300 sebutir. 

Gudang sparepart kereta Mun Lee Autoparts di bandar Puchong


Aku pun belilah online. Penjual tu sebenarnya sebumbung dengan Mun Lee Autoparts. Mun Lee ni besar, ada workshop, jual halfcut, recon dan satu team khas yang jual parts online je. Dorang jual sampai ke serata dunia. Beli online lebih murah dari beli dari gudang Mun Lee. Warranty yang diberi…1 bulan. 

Penhantaran ambil masa lebih kurang seminggu. Waktu ni time PKP Covid-19. Sudah pasang, mekanik aku test. Hari pertama okay…hari kedua…jadi dah. 


No comments:

Post a Comment