Sunday, June 2, 2019

Apa nak buat bila suhu kereta tinggi?

Suhu tinggi kereta boleh mengundang pelbagai masalah lain
Suhu kereta naik tinggi, satu-satunya masalah yang paling digeruni oleh pemilik kereta. Ini kerana masalah suhu kereta tinggi boleh membawa kepada masalah yang lebih besar seperti kerosakan hos (akibat tekanan dan suhu terlalu tinggi), cylinder head, gasket dan malah juga kecairan komponen lain pada bahagiian enjin. Kereta Toyota Prado siri 90 pun boleh menjadi mangsa masalah ini. Dalam chat group baru-baru ni, sahabat Al Ghazali berkongsi cara beliau 'mengubati' masalah suhu kereta tinggi Prado beliau.

PERINGATAN: setiap masalah kereta mungkin ada lebih dari satu punca dan semua cadangan yang dikemukakan dalam blog ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pendapat yang dikumpul dari kawan-kawan. Keputusan muktamad di tangan anda.



HOLTS Wonderweld boleh membantu mengatasi masalah suhu tinggi kereta
Saudara Al Ghazali menggunakan produk Holts Wondarweld Professional Cooling System dalam usaha beliau mengatasi masalah suhu tinggi kereta Prado beliau. 'Head gasket' kereta beliau mengalami kebocoran dan paras air dalam radiator juga berkurangan. Dengan menggunakan dua botol produk ini pada kos kurang dari RM100, beliau hampir menyelesaikan masalah suhu tinggi kereta Prado beliau.

Amatlah penting produk ini digunakan mengikut arahan yang dilampirkan. Saudara Al-Ghazali mengesyorkan:
  • Pastikan enjin dalam keadaan panas.
  • Tuangkan produk dalam radiator.
  • Selepas 2 atau 3 hari, 'flush' keluar semua air dalam radiator. 
  • Masukkan air dan coolant baru .

Sekiranya anda mempunyai komen, cadangan atau pendapat lain mengenai suhu tinggi kereta, sila tinggalkan komen dalam ruangan dibawah.

#suhukeretatinggi











No comments:

Post a Comment