Wednesday, June 24, 2020

Distributor Toyota Prado Mun Lee ada masalah

Distributor Toyota prado baru
Distributor Toyota Prado baru China dari Mun Lee timbulkan lampu ini

Walaupun 'baru', unit distributor baru buatan China dari Mun Lee memberikan masalah pada kereta saya. Hari kedua setelah dipasang unit distributor ini, lampu kuning dalam gambar di atas timbul apabila enjin sudah dipanaskan. RPM kereta jatuh bawah 1000 dan enjin akan mati. Bila nampak lampu kuning timbul, nak kena rev enjin baru hilang lampu kuning. 


Apa terjadi sebenarnya?

Kalau kereta tak bergerak dan enjin jatuh ke paras bawah 1000 RPM, lampu kuning akan timbul dan enjin akan mati secara tiba-tiba. Contoh di lampu trafik. Cara nak pastikan enjin tak 'mati'? Kena tekan minyak bagi RPM naik. Baru aku faham kenapa setengah kereta asyik rev time tunggu lampu hijau...sebaby distributor dorang bermasalah! Haahahaha

Distributor Toyota Prado Mun Lee tak bagus? 

Tak juga. Sebab unit ini masih dalam tempoh waranti, jadi aku pun talipon nak minta tukar. Boleh katanya. Aku bawa kereta ke gudang Mun Lee di Puchong sekali dengan mekanik. Bila sampai time nak tukar dan nak pasang kat enjin, Mun Lee siap hantar wakil mekanik dia. Acah nak tengok...tapi kita tau yang dia nak pastikan unit distributor itu dipasang dengan betul.

Selagi dalam tempoh waranti sebulan, sebijik tukar sebijik. Okay la jugak.
Si mekanik Mun Lee berbisik...'memang pernah jadi benda yang sama pada unit distributor dari China ini. Bukan benda baru.'

Dah siap pasang, unit distributor yang pertama saya pulangkan pada Mun Lee. 

Jadi, unit distributor Toyota Prado Mun Lee yang kedua ok?

Dah lebih seminggu saya pakai unit kedua, semuanya okay. Lampu kuning dah tak timbul lagi. Untuk test, saya biarkan enjin berjalan dalam keadaan kenderaan statik. Saya ulang 'test' ini beberapa kali pada hari yang berbeza dan lampu kuning yang menghantui tidak jugak timbul.

Hati berasa lega....tapi...entah kenapa saya merasakan enjin 3RZ prado saya kini berasa lebih 'kasar'. Ia lebih ketara waktu memandu. Hal ini menyebabkan saya rasa tidak sedap hati.

Lain kali beli tak distributor Toyota Prado baru dari Mun Lee?

Tak kut. Walaupun ianya boleh diguna pakai, enjin kereta yang berasa lebih kasar membuatkan saya tak sedap hati. Entah apa kesan jangka panjang yang akan kena pada enjin secara keseluruhannya. Pelbagai reaksi dari kawan. Setengah 'cakap ok- je....boleh pakai' dan ada sorang yang cakap 'nanti system elektrik enjin kamu mungkin terganggu'. 

Lebih baik cuba repair distributor yang ori (buatan Denso Japan) dulu. Kalau tak boleh baru beli distributor baru dari Mun Lee ni. 



#distributortoyotaprado


No comments:

Post a Comment