Sunday, August 4, 2019

Cara baiki multi meter Toyota Prado siri 90


Banyak multi meter Toyota Prado dah jadi macam ni. 
Tak rosak sebenarnya, boleh dibaiki.
Ada cara untuk baiki multi meter Toyota Prado siri 90 yang rosak. Sebenarnya, kebanyakkan multi meter Nampak rosak tetapi sebenarnya tidak. Yang rosak adalah filem polarize pada display panel sahaja. Berikut adalah cara-cara yang boleh anda cuba untuk baiki sendiri multi meter Prado anda.

For English version, click here.




Terserlah pada anda nak baiki multi meter atau tidak. Nak beli yang recon pun boleh. Harga di pasaran dalam lingkungan RM300 ke RM600 (bergantung pada penjual). Kalau anda nak cuba baiki sendiri, kos mungkin hanya dalam lingkungan RM80. Untuk yang nak baiki, anda perlukan:

  • Pemutar skru Philip (yang pendek)
  • Pisau utility 
  • Swab alcohol
  • Pen
  • Filem polarize


Multi meter Prado selalunya yang rosak hanyalah filem polarize. Yang perlu ditukar hanyalah filem ini. Filem polarize boleh dibeli secara online. Sebaik-baiknya, belilah yang saiz sepadan atau lebih besar (yang lebih boleh dipotong). Tapi kalua nak yang murah dan senang dicari, beli yang handphone pun cukup. Saiz memang lebih kecil tapi boleh disambung. Filem Polrize lebih murah dan senang didapati. Seperti gambar di bawah:

Antara peralatan perlu untuk baiki multi meter Prado


Berikut adalah langkah-langkah:

Dua biji skru di sebelah tepi 

Buka skru disebelah tepi penutup multi meter. Anda perlukan pemutar skru pendek untuk memudahkan kerja. Skru berada di sebelah tepi kiri dan kanan (penunjuk merah). Pentutup belakang kemudiannya boleh dibuka dengan menolak ke arah belakang (penunjuk kuning). Lihat gambar diatas. Selepas penutup atas ditanggalkan, ada skru di sebelah kiri dan kanan yang perlu ditanggalkan. Lihat gambar bawah.

Ada skru di dua dua belah yang perlu buka


Lokasi penting yang perlu diketahui. 
Yang biru tu untuk lampu. 
Yang merak untuk cabut cable.

Setelah unit utama dikeluarkan, buka skru kiri dan kanan sebelah dalam, seperti yang dibulatkan (warna jingga) dalam gambar diatas. Barulah sampai ke kaca display unit. Hati-hati keluarkan kepingan kaca (screen). Dari sini, gunakan mata pisau yang tajam untuk mengikis keluar filem polarize yang sudah merekah dan gelap. Proses ini adalah proses yang paling rumit dan mengambil masa. Gunakan ‘swab alkohol’ untuk membantu mencuci permukaan kaca tersebut jika perlu.

Berhati-hati dan perlahan-lahan dalam proses mengikis keluar fielm yang rosak

Satu proses yang rumit dan mengambil masa

Lihat perbezaan sebelah yang sudah dikikis berbanding yang belum


Kalau sudah siap dikikis semuanya, sekarang nak kena cuba test filem polarize pulak. Filem ni semua sama tapi dia kena letak satu di sebelah depan dan satu lagi di sebelah belakang kaca. Cara paling mudah ialah bawa unit ke kereta, pasang semula power cable dan hidupkan enjin. Filem yang disebelah belakang kaca boleh ditetapkan (jangan tukar posisi). Cuba alih, terbali, putarkan filem dihadapan kaca sehingga mendapat kontras (contrast) yang terbaik). Bila sudah dapat, anda boleh lekatkan filem berkenaan terus pada kaca (filem polarize aka nada stiker sendiri padanya. Nak kena tanggal saja).

Pusing, alih, terbalikkan filem hadapan sehingga mendapat kontras yang betul

Sebaik sahaja filem dilekatkan dengan kemas, anda bolehlah memasang semula seluruh unit multi meter Toyota Prado anda dan pasang semula pada dashboard. Senang dan jimat!




5 comments:

  1. kena ada filem juga ke lepas dah kikis & bersihkan semua..

    ReplyDelete
  2. Lepas buat ,lampu hidup,tp display xkluar,boleh bantu

    ReplyDelete
  3. Mungkin kamu tak adjust filem tu. Sebelum lekat kena adjust dulu. Dia kalau salah belah pun boleh tak jadi.
    Maaf lambat balas.

    ReplyDelete
  4. Hi, saya baru bersihkan kaca Tu, tapi mana nak beli filem polilarize tu. Kedai apa yang jual filem Tu ..

    ReplyDelete