Friday, October 23, 2020

Tukar minyak gear box Prado GX di Dengkil

 

axle belakang Prado GX
Perhati betul-betul- ada sticker 'LSD' pada axle belakang Prado GX tahun 1996

Kali ini tukar minyak axle belakang dan gear box Toyota Prado GX manual tahun 1996 aku. Dulu dah pernah tukar tapi tak ingat yang depan atau belakang. Time tu tak kenal mekanik Dengkil dan cikgu ZZ, jadi aku pun tak tau apa jenis minyak yang dia masuk. Kali ni aku beli yang betul dan yang original

Saturday, October 17, 2020

Tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado

 

Nak kena tukar paip getah yang dah uzur

Kawan mekanik aku nama KC di Dengkil syorkan aku tukar paip getah enjin 3RZ Toyota Prado aku. Dia cakap ada yang dah merekah dan ada yang sudah pun retak. Dalam jangka masa panjang, ini akan menjejaskan prestasi enjin dan kereta. Kereta mungkin akan makan minyak dan tak ada power. Dia bagi aku senarai barang yang perlu. Aku boleh beli sendiri dan dia boleh tolong pasangkan. 

Friday, October 9, 2020

Minyak axle belakang, gear box dan transfer case

 

Minyak original Toyota

Ikut nasihat ZZ, minyak gear box, transfer case dan axle belakang Toyota Prado sebaiknya tukar setahun sekali. Kereta aku dah pakai 2 tahun lebih. baru sekali kot tukar. Untuk jimat sikit, beli barang sendiri, bawa ke kedai untuk tukar. Kita bayar upah sahaja. 

Tuesday, October 6, 2020

Distributor Prado buat balik


distributor prado orginal
Distributor original kalau boleh repair balik lebih bagus

Distributor Prado original baru memang mahal. lebih kurang RM1000. Distributor Mun Lee masih dipakai tapi workshop kawan di Cheras kata dia boleh buat balik. Kalau boleh buat balik yang orginal, mesti lagi baik. Nasib baik ada kawan Jason yang introduce workshop ni.